15 july merupakan tarikh keramat bagi semua pelajar lepasan STPM mengetahui keputusan kemasukan ke Universiti. Ramai yang bergembira dengan keputusan yang diperolehi tapi ramai juga yang hampa kerana tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. pada mereka yang berjaya, bersyukurlah dengan apa yang diperolehi dan pada yang tidak bernasib baik tu, cuba lagi di lain masa,,ok. Jangan sesekali berputus asa!!
Ermmm, tahniah kepada anak saudara ku yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan sumber di UiTM,Shah Alam. Walaupun kamu pernah gagal buat kali pertama, tapi semangat kamu yang ingin terus belajar membawa kejayaan akhirnya. Keputusan kamu untuk ambil STPM sekali lagi berbaloi. Sekalung tanhiah Su ucapkan.
Lepas ni, kamu akan berjuang di sana pulak. Universiti bukan macam sekolah, so harap kamu dapat mengharungi segala dugaan dan cabaran disana nanti. Kawan-kawan di Universiti xsama macam dengan kawan-kawan kat sekolah, so pandai-pandailah kamu pilih kawan nanti ok..lagi 1, kamu harus hidup berdikari disana sebab masing-masing akan buat hal masing-masing. susah tuk cari orang yang susah senang ingin bersama dengan kita.
TAHNIAH SEKALI LAGI...!!!
tahniah ank sedara ajiee dpt masuk U..
ReplyDeletetahniah utk ajie kerana sudi update blog ni lagi..hahah..akk xdapek laa nk update..tp syg la plak blog ni..kenangan ms amik penulisan kreatif