Aziey Aziz

Sil@-Sil@ L@h SinGG@h Ye@...


Wednesday 16 May 2012

The Power Of Number

Semalam aku pegi opis, sebab nk dapatkan autograf Pn.Elina sebab En. Kahar xde..pakse lah ye..
mase lam opis 2, ktorg tengok lah tv,time 2 rancangan WHI. ktorg fokus time ad Iqram Dizly 2 je. sebab pe tau, sebab die buat the power of number(xthu lah betul x cre sebut, en.aidil yg cakap). Korg tahu tak benda alah ape 2? the power of number ni lebih kurang macam kita boleh kenali diri kita melalui tarikh lahir kita.lebih kureng la..sape2 yang lebih tahu, betulkan lah apa yang salah yea..tapi  kita jangan lah caye sangat benda2 cmni ni,, saje tuk suke2 2, boleh la..ok.

En.Hakim (kawan praktikal aku jugak,,hehe) bukan main semangat lagi aku tgk die nk thu mcm mn care nak kire the power of number ni..siap search lagi kt mr.google nk thu cmne cara nya tapi xjumpa2 jugak..cian dia.

Jadi, oleh sebab keinginan yang menebal dalam diri en.hakim n pn.atie kite 2 (padahal aku pun same), aku balik rumah, search lah cari benda alah 2..sekali jumpa lah..abih sume kawan2 org aku cek..hehehe.

So,aku pun nk kongsi lah jugak dengan sape yg xtahu lagi 2..INI DIA........


Contoh Pengiraan

Tarikh Lahir :21/12/1984 (bukan tarikh lahir aku..hahaha)

[2 + 1] + [1 + 2] + [1 + 9 + 8 + 4] = 28 
[2 + 8] = 10
[1 + 0] = 1 (Jadi nombor lahirnya adalah 1)


Keterangan:

1. Ketulenan 

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.


2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.



3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.


4. Konservatif 

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.


5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Suka Melancong
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.




6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.


7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.


8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.


9. Pelakon

- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.


**AKU NO4,KORANG?**

Hari Istimewa Buat Insan Tersayang

Assalamualaikum..

Sori,walaupun dah lepas tp nk updte jugak sebab bb xboleh nk bkak,,lembab sangat baru2 ni..huhu.saya nk kongsi satu hari tapi ada dua sambutan..bukan nya sambut sangat pun,,juz nk raikan ckit2 je..xsalah kn.

13 Mei tahun ini begitu bermakna bagiku kerana berpeluang menyambut "Hari Ibu" buat mak yang tersayang, Sapinah binti Ahmad dan "Hari Lahir" buat insan yang berjaya mencuri hatiku, Amirudin Muhamad.


Walaupun hari-hari "hari ibu" bagi saya, tapi hari ni saja nak tacim lebih ckit dengan mak..hehe.


Mak, Abang...
Saya doakan kalian sentiasa sihat disamping orang-orang yang tersayang, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta mendapat keredhaan hidup di dunia dan juga di akhirat..
Saya amat menyayangi anda berdua...

LAGU UNTUK MAK...



Seorang wanita
Bermahkota ibu
Menggenggam jari-jari kecil
Ikatan ini tidak akan terurai kerana tautan ini
Tautan darah dan akidah
Dan rahmat dari Allah

Kini ibu
Peganglah tanganku ini
Biar kubawa
Ibu menjelajah
Hasil titik peluhmu
Biar kubawa
Ke alamku
Hasil ukiranmu
Selama ini

Dodaianmu ibu
Membina benteng pemisah
Antara yang hak dan yang batil
Membakar semangat perjuangan
Mengait kasih pada
Junjungan tercinta
Tersujud lemah
Mengabadi diri
Kepada yang Esa

Jika belum pernah
Kau dengar
Ucapan terima kasihku
Ketahuilah doaku ini
Moga Tuhan menyayangimu
Seperti mana kau mengasihiku
Dari dulu hingga kini
Untuk selama-lamanya.

saya sayang mak sangat2...

Friday 11 May 2012

Bingkis@n Do@ Cint@, Bu@t Mu, Ya Allah…


Gambar Hiasan

Ya Allah..
Seandainya telah engkau catatkan. Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku.. titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah ya Tuhanku yang maha mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini.. ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi ya Allah..
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari pandangan ku.. luputkanlah ia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta ya Allah ya Tuhanku yang maha mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh je dada langit.. hilang bersama senja nan merah agar aku bahagia.. walaupun tidak bersama dengan dirinya…

Dan ya Allah yang tercinta..
Gantilah yang telah hilang dan tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu.. sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buat ku.. kerana Engkau maha mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemelihara ku..
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian.. di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..