Gambar Hiasan
Ya Allah..
Seandainya telah engkau catatkan. Dia milikku
tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan
hatiku.. titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..
Ya Allah ya Tuhanku yang
maha mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari
hidup ini.. ketepian yang sejahtera dan abadi..
Tetapi ya Allah..
Seandainya telah engkau
takdirkan dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari
pandangan ku.. luputkanlah ia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari
kekecewaan..
Serta ya Allah ya Tuhanku
yang maha mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh
je dada langit.. hilang bersama senja nan merah agar aku bahagia.. walaupun
tidak bersama dengan dirinya…
Dan ya Allah yang
tercinta..
Gantilah yang telah hilang
dan tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tidak sama dengan
dirinya..
Ya Allah ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan
takdirmu.. sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik
buat ku.. kerana Engkau maha mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba-Mu
ini..
Ya Allah..
Cukuplah engkau sahaja yang
menjadi pemelihara ku..
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu
yang daif ini..
Jangan Engkau biarkan aku
sendirian.. di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan
dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku
seorang pasangan yang beriman..
Supaya aku dan dia
sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau
redhai..
Dan kurniakanlah padaku
keturunan yang soleh dan solehah..
No comments:
Post a Comment