Aziey Aziz

Sil@-Sil@ L@h SinGG@h Ye@...


Sunday 17 July 2011

tahniah..

15 july merupakan tarikh keramat bagi semua pelajar lepasan STPM mengetahui keputusan kemasukan ke Universiti. Ramai yang bergembira dengan keputusan yang diperolehi tapi ramai juga yang hampa kerana tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. pada mereka yang berjaya, bersyukurlah dengan apa yang diperolehi dan pada yang tidak bernasib baik tu, cuba lagi di lain masa,,ok. Jangan sesekali berputus asa!!

Ermmm, tahniah kepada anak saudara ku yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan sumber di UiTM,Shah Alam. Walaupun kamu pernah gagal buat kali pertama, tapi semangat kamu yang ingin terus belajar membawa kejayaan akhirnya. Keputusan kamu untuk ambil STPM sekali lagi berbaloi. Sekalung tanhiah Su ucapkan.

Lepas ni, kamu akan berjuang di sana pulak. Universiti bukan macam sekolah, so harap kamu dapat mengharungi segala dugaan dan cabaran disana nanti. Kawan-kawan di Universiti xsama macam dengan kawan-kawan kat sekolah, so pandai-pandailah kamu pilih kawan nanti ok..lagi 1, kamu harus hidup berdikari disana sebab masing-masing akan buat hal masing-masing. susah tuk cari orang yang susah senang ingin bersama dengan kita.

TAHNIAH SEKALI LAGI...!!!

Thursday 23 June 2011

Cinta yang Suci...

Amran sentiasa menyatakan bahawa dia tidak menyimpan perasaan pada mana-mana perempuan dan dia akan sentiasa menyayangi Alya sepenuh hatinya tetapi dia memerlukan kawan. Amran dengan perempuan-perempuan lain hanya sebagai seorang kawan manakala Amran dengan Alya adalah pasangan kekasih. Amran sentiasa mengingati Alya bahawa berkawan biar seribu,  bercinta biar satu. Amran terlalu mencintai Alya kerana sikapnya yang lemah-lembut, sopan-santun dan menghormati orang tua. Alya adalah tempat dia berkongsi segala-galanya, Alya adalah teman dikala susah dan sedih, Alya juga teman pengubat resahnya, Alya adalah segala-galanya bagi Amran. Hanya Tuhan yang mampu memisahkan Alya dan Amran.

Wednesday 22 June 2011

bukan mengungkit tapi membangkit

Susah senang biarlah bersama
Jangan ada dengki di antara kita

Usah pandang pohon yang sebatang
Tapi renung hutan yang terbentang
Yang merimbun dan juga menghijau
Ada makna rahsia tersembunyi

Talam dua muka
Kawan atas pagar
Kini aku pula sanggup engkau cabar

Engkau perdagangkan
Kasih sayang ku selama ini
Engkau menggadaikan
Kerinduan demi kedudukan

Bukannya sengaja ku mengungkit
Tapi kau sengaja yang membangkit
Akulah teman di kala susah
Akulah teman pengubat resah

Bukannya sengaja ku mengungkit
Tapi kau sengaja yang membangkit
Akulah tempat engkau mengadu
Dan akulah juga yang tertipu

Lihat pada rupa
Tak mungkin percaya
Tersusun gerak geri dan bicara





LAgu ini telah memberikan saya ilham untuk menulis cerpen. hal ini demikian kerana, setiap kali mendengar lagu ini, kenangan lama kembali menerjah di otak fikiran saya. Ini merupakan salah satu lagu kesukaan saya, dan saban malam saya akan memperdengarkan lagu ni. Kalau ada orang cakap "ish, asyik lagu ni je" saya tak kisah sebab saya suka. hehe..Oleh sebab terlalu sukakan lagu ni, saya juga memainkannya di blog penulisan kreatif ni. 


Selamat menghayati lagu nie..:D 
Bounce

Laskar Pelangi

mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…


cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya
selamanya

Dr.Mawar cakap, lagu ni sebagai panduan untuk exam la lebih kurang. So, saya menggunakan khidmat En.Google untuk mendapatkn lirik lagu ni.. Harap-harap soalan yang akan keluar nanti tak sesusah yang kami bayangkan..Dr. Mawar dan Dr.Misran, doakan kejayaan kami dan terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan kepada kami selama ini. Walaupun masa sangat mencemburui kita, saya gembira sepanjang pembelajaran. Yang paling saya tak akan lupakan ialah hari last kuliah. happy sangat-sangat tapi bukan happy sebab kuliah dah habis tapi sebab dapat makan 2 biji kek yang di sponsor oleh Dr.Mawar. Terima kasih Dr.Mawar. Kepada kawan-kawan, good luck hari jumaat nanti ek.. Moga dapat A semuanya...Amin!!! heehehhe...

Monday 20 June 2011

Diari adalah buku yang mencatatkan rakaman harian tentang pengalaman hidup atau pemerhatian peribadi. Segala apa yang dirasakan dan dilalui akan dicurahkan dalam buku diari tersebut. Setiap kali membacanya, sesiapa sahaja akan mengenang kembali retrospeksi yang pernah dilalui, tidak kiralah sama ada sedih mahupun gembira. Segalanya tercoret dalam satu buku catatan yang digelar sebagai Diari.

Tuesday 14 June 2011

Fruit Tartlets

Ramuan

125 gm butter
125 gm majerin
60 gm gula halus
1 biji kuning telur A
400 gm tepung gandum



Keju Kerim

250 gm keju kerim
50 gm butter
50 gm gula halus
[Pukul semua bahan dan masukkan dalam tat]


Buah Hiasan 

buah peach
epal hijau
anggur merah
jelly apricot [to glaze]


Cara Penyediaan

1. Gaulkan butter, majerin dan gula sehingga sebati 2. Masukkan telur dan kacau rata 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan adunan dalam acuan tat dan tekan nipis dan potong atas tepi acuan.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 selama 12 - 15 minit.
6. Keluarkan tat dan sejukkan.
7. Masukkan adunan kerim keju dan hiaskan dengan buah peach, epal hijau dan anggur merah yg telah dipotong kecil.
8. Sapukan sedikit jeli apricot dan hidangkan.


Inilah resepi kita hari ini ya... Entri terbaru saya ni tentang kuih Fruit Tartlets sebab saya suka sangat makan kuih ni..Asal jumpa je, mesti saya beli. Kuih ni juga kuih kegemaran kawan saya yang merangkap rumet saya..hehe. nak tau sejauhmana kesedapannya, boleh la cuba yea..

Selamat mencuba!!

Sunday 12 June 2011

Rindu. Kata orang, rindu itu tanda ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata. Kata kamus, rindu itu keinginan yang kuat mahu bertemu seseorang.
Kata pujangga, rindu hadir selepas suka dan cinta. Kita tidak akan suka tanpa bersua muka, tidak cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta. 
Kata aku? 
Aku tidak minta rindu itu hadir kerana dalam hati tiada rasa suka kepadanya. Tiada cinta untuknya. Dalam hatiku, hanya ada dendam yang membara. Tetapi entah di mana silapnya, hati ini jatuh rindu kepadanya di celah-celah kebencian yang aku pupuk.
Puas aku menafikan, cuba mengusir pergi rasa yang satu ini. Tetapi rasa ini terus menghantuiku. Berperang dengan perasaan sendiri, aku kelelahan. 
Ceritera rindu ini, di manakah noktahnya?



Ini merupakan intro dalam novel CERITERA RINDU hasil karya seorang penulis yang agak saya minati iaitu Leeya Myra. selain novel ini, beliau juga pernah menghasilkan novel yang bertajuk  MENCARI CINTA dan IZINKAN KUBAHAGIA. Saya suka novel ni kerana ia mengisahkan  seorang perempuan dan lelaki asing, bertemu dalam surat. Hubungan tanpa nama ini terjalin berbelas tahun lalu menghadirkan rindu yang tidak tahu bagaimana untuk ditafsirkan. Rindu seorang Imanina kepada Pak cik.

Pada masa yang sama, seorang lelaki lain merindui perempuan ini. Rindu Muhammad Amin kepada Imanina.

Rindu siapa yang akan berbalas? Bagaimana pula dengan dendam dan kebencian yang bersarang dalam hati yang tiba-tiba membuak-buak? Patutkah dipejamkan mata lalu dihapuskan api dendam itu?

Antara dendam dan rindu, yang mana lebih utama?

Nak tahu, kenalah baca. :P

Cinta Selamanya...


Di saat semua pergi meninggalkan aku…
Hanya bayanganMu yang ada d sisiKu…
Bercakap dengan bayanganmu...
hanya mampu membuatkan diri hampa…
Seakan hidupKu selalu tertahan dalam dunia maya…

Apalagi diriKu yang taK Punya Asa…
Sedikitpun aku tak dapat mencaci rasa…
Senyum itu enggan menghampiriku di sini…
Timbul dalam jiwa yang ingin mencari…


Waktu tak akan terhenti dan selalu meroda…
Nafas jiwa dalam cengkaman cakrawala…
Jika keabadian cinta itu memintamu…
Syair yang membuat seribu bahasa dukamu…



Kepedihan yangg kini terasa dijiwa ini…
Semoga di kala nanti Kau mengerti…
Berharap Kau akan mengukir nama dihatiMu…
Dan berharap nama yang  itu Aku…



Kau adalah permata cinta dalam hidupKu…
HidupKu kan terhias oleh cintaMu…
Aku memang tak mempunyai asa…
Lubuk hati paling dalam juga merasa ingin dicinta…



Sang waktu yang akan menjawab semua ini…
Walau perih kurasa…Aku kan selalu menanti…
Cinta itu tak akan pernah pudar dan kian membara…
Dan cinta itu akan hidup…Untuk kita selamanya…


Tuesday 7 June 2011

suara hati...

Entah mengapa ku rasa tak menentu
Semenjak aku mengenali dirimu sayang
Terbayang-bayang wajahmu dimataku
Hingga tersentuh rasa indah dikalbu
Apakah ertinya.. 
Aku tak tahu mengapa aku rindu
Inginku curah tetapi rasa malu
Cubalah engkau mengerti isi hatiku
didalam diam aku mencintai mu..
Kuharap kau faham perasaanku
Yang kini dilamun rindu padamu
Sesungguhnya aku telah jatuh cinta..
indahnya bila bersamamu....

Thursday 19 May 2011

Kerinduan..

Aku termenung ke luar jendela, sambil memerhati keindahan alam yang diselubungi awan malam. Bintang-bintang berkedipan, angin bertiup lembut, bunyi-bunyi cengkerik membuatkan hati ku di rundung rindu, rindu pada seseorang yang entah di mana, rindu pada gurauannya..... betapa sesak dadaku menahan rindu...

Dan buat sekian kali fikiranku melayang saat aku mula-mula mengenali Amir... ye... Amirudin Muhamad, satu nama yang terpahat di hati sampai sekarang. Satu nama yang mampu mengoncangkan jantung hati ku sampai sekarang. Satu nama yang membuat aku tersenyum, membuat aku menangis, membuat rinduku padanya semakin mendalam, sampai sekarang..... dan buat sekian kali, kenangan lalu mengimbas lagi.....

Wednesday 18 May 2011

Teman Sebilik...

Hari ini saya dikejutkan dengan kedatangan seorang kakak yang akan menjadi rumet saya sepanjang semesta ini. Tatkala mengetahuinya, saya merasakan ingin terus pulang ke kampung..huhu. Ini adalah kerana saya tidak pernah sebilik dengan orang yang tidak dikenali. Walau apa pun, saya harap saya dapat suaikan diri dengan dia nanti. Dia merupakan pelajar dari Fakulti Pengajian Islam. Saya takut!!