Rindu. Kata orang, rindu itu tanda ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata. Kata kamus, rindu itu keinginan yang kuat mahu bertemu seseorang.
Kata pujangga, rindu hadir selepas suka dan cinta. Kita tidak akan suka tanpa bersua muka, tidak cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.
Kata aku?
Aku tidak minta rindu itu hadir kerana dalam hati tiada rasa suka kepadanya. Tiada cinta untuknya. Dalam hatiku, hanya ada dendam yang membara. Tetapi entah di mana silapnya, hati ini jatuh rindu kepadanya di celah-celah kebencian yang aku pupuk.
Puas aku menafikan, cuba mengusir pergi rasa yang satu ini. Tetapi rasa ini terus menghantuiku. Berperang dengan perasaan sendiri, aku kelelahan.
Ceritera rindu ini, di manakah noktahnya?
Ini merupakan intro dalam novel CERITERA RINDU hasil karya seorang penulis yang agak saya minati iaitu Leeya Myra. selain novel ini, beliau juga pernah menghasilkan novel yang bertajuk MENCARI CINTA dan IZINKAN KUBAHAGIA. Saya suka novel ni kerana ia mengisahkan seorang perempuan dan lelaki asing, bertemu dalam surat. Hubungan tanpa nama ini terjalin berbelas tahun lalu menghadirkan rindu yang tidak tahu bagaimana untuk ditafsirkan. Rindu seorang Imanina kepada Pak cik.
Pada masa yang sama, seorang lelaki lain merindui perempuan ini. Rindu Muhammad Amin kepada Imanina.
Rindu siapa yang akan berbalas? Bagaimana pula dengan dendam dan kebencian yang bersarang dalam hati yang tiba-tiba membuak-buak? Patutkah dipejamkan mata lalu dihapuskan api dendam itu?
Antara dendam dan rindu, yang mana lebih utama?
Nak tahu, kenalah baca. :P
No comments:
Post a Comment