mase lam opis 2, ktorg tengok lah tv,time 2 rancangan WHI. ktorg fokus time ad Iqram Dizly 2 je. sebab pe tau, sebab die buat the power of number(xthu lah betul x cre sebut, en.aidil yg cakap). Korg tahu tak benda alah ape 2? the power of number ni lebih kurang macam kita boleh kenali diri kita melalui tarikh lahir kita.lebih kureng la..sape2 yang lebih tahu, betulkan lah apa yang salah yea..tapi kita jangan lah caye sangat benda2 cmni ni,, saje tuk suke2 2, boleh la..ok.
En.Hakim (kawan praktikal aku jugak,,hehe) bukan main semangat lagi aku tgk die nk thu mcm mn care nak kire the power of number ni..siap search lagi kt mr.google nk thu cmne cara nya tapi xjumpa2 jugak..cian dia.
Jadi, oleh sebab keinginan yang menebal dalam diri en.hakim n pn.atie kite 2 (padahal aku pun same), aku balik rumah, search lah cari benda alah 2..sekali jumpa lah..abih sume kawan2 org aku cek..hehehe.
So,aku pun nk kongsi lah jugak dengan sape yg xtahu lagi 2..INI DIA........
Contoh Pengiraan
Tarikh Lahir :21/12/1984 (bukan tarikh lahir
aku..hahaha)
[2 + 1] + [1 + 2] + [1 + 9 + 8 + 4] = 28
[2 + 8] = 10
[1 + 0] = 1 (Jadi nombor lahirnya adalah 1)
Keterangan:
1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang
tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan
boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka
menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik
mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan
pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap
keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka
mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan
berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup
untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah
pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan
meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra,
romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang
dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup
melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat
sesuatu dengan lebih realistik.
4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang
rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham
sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh
melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar
dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan
adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel
dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Suka Melancong
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap
ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka
disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka
memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi
yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka
tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat
sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat
sesuatu kesimpulan.
6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan
memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting
buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan
mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan
menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru
yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada
sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh
diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu
menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu
perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan
mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada
disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah
dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan
berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu
perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka
tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang,
penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang
hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia.
Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan
cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat
keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk
menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak
mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada
sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai
sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang
boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik
tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan
(mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina
landasan kasih sayang.
**AKU NO4,KORANG?**