Aziey Aziz

Sil@-Sil@ L@h SinGG@h Ye@...


Wednesday 27 June 2012

Apam Polkadot

Waaa, dah lama teringin nak buat apam polkadot ni..akhirnya jadi jugak la walaupun xsecantik mana..huhu.suke3..
So, saya kongsikan resepi ni tuk tatapan semua...


Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
      ·           3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
      ·         275 gm tepung gandum
      ·         220 gm gula halus
      ·         150 ml susu segar@susu cair
      ·         3 sudu teh baking powder
      ·         1 sudu kecil ovalette
      ·         filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
      ·         pewarna


Cara-cara
2.    masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
3.    bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
4.    masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
5.    picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
6.    letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
7.    picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
8.    last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

   Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment